al-kisah si niza
Saturday, December 04, 2004

Semalam i went to satu majlis pernikahan..wow..the bride and groom mmg bak pinang di belah dua..lawa and emsem. Teringat kisah i masa nak nikah dulu..;p. Pejam celik pejam celik dah 3 tahun lebih aku kawin...kalau ada anak dah tau memanjat wardrobe pun..;p. Dulu sebelum kawin ada je org tanya "Bila lagi nak kawin, jgn tunggu lama-lama". Bila dah kawin ni, lain pulak dorang tanya "Bila lagi nak ada anak, jgn tunggu lama-lama". Nanti bila org dah ada anak satu, lagi dorang tanya "Bila lagi nak tambah". Bila anak dah besar, "Bila lagi nak dapat menantu". Anak dah kawin, "Bila lagi nak menimang cucu". Dan cerita ni berterusanlah sampai ke generasi yg terakhir........Apa kata kita tukar pattern kalau jumpa sedara ke kawan ke, Bila jumpa org kita tanya lah..amacam u ari nih ada ngumpat org lain tak?,ada minta maaf ngan org tak?, cukup solat 5 waktu tak?, dah bayar ke hutang2 posa yg dulu tak?....hmmm..kalau questions cam ni, apakah reaction kita eh..

Ada org kata kawin tu senang..iskk.iskk..isk..merepek je org tuh.Kalau di dalami definisi sebenar perkahwinan..wahhh..barulah kita tau. Perkahwinan consists of Cinta,Benci,Marah, Suka,Gembira dan Kecewa juga.Tapi biasalah,dalam kehidupan ini terlalu banyak dugaan dan cabarannya..yg penting kita tabah mengharunginya dan sentiasa ingat pada Yang Maha Esa. Actually communication is important in marriage life. Kalau kita tak tau nak communicate with each other, perkahwinan tu cam takde umphhh. Tapi bagi yg single jgn pulak takut nak kahwin. "Perkahwinan itu sunnahku, barang siapa yg tidak menyukai sunnahku, dia bukan di kalangan (pengikut)ku" - Sabda Nabi SAW.

Selalunya sebelum kita ni bercinta, kita ada target2 tertentu. Cheh..cam amik exam pulak, nak kena target 100%. Tapi walau apa pun target kita jgnlah jadikan kecantikan sbg our 1st priority. "Kecantikan yg abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya"- Hamka. Biarlah kecantikan yg dipilih tuh berdasarkan hatinya dulu baru ke wajahnya. Cerita pasal cinta ni mmg kelakar jugak. Kadang2 kita pun susah nak bezakan antara cinta dan suka. Org kata kalau kita terjumpa dgn org yg kita Cinta, kita tertunduk malu. Kalau kita terjumpa org yg kita Suka, kita boleh mampu menunjukkan diri kita. Selalunya, cinta tu datang dari mata dan perasaan suka pula datangnya dari pendengaran kita..yelah org selalu cakap2 pasal org tuh, kita pun 'ter'-Suka kat dia..;p. So, tu lah bila kita nak melupakan org yg kita Suka, kita just tutup telinga dari mendengar cerita2 pasal org tuh. Kalau nak melupakan org yg kita Cinta kenalah tutup mata;p, tapi setiap kali mata tertutup nak lupakan org tuh, hati mesti menangis dan sebab itu ianya sentiasa berbekas di hati...hehehehe...Tapi, perasaan suka juga boleh berubah menjadi cinta, jika kita betul2 ikhlas dan sudah semestinya biarlah keikhlasan itu semata2 kerana Allah.

Hmmmm...panjang juga celoteh aku pasal kahwin dan cinta nih. Apa pun, utk yg belum berkahwin,jgnlah risau..jodoh anda sudah ditetapkan oleh Allah, cuma masa jer blom sampai. Selalunya yg lambat tuh yg terbaik. Insya-Allah, wanita solehah diciptakan utk lelaki soleh dan gitu juga sebaliknya. Pada yg dah kahwin, sama2lah kita mengukuhkan lagi rumahtangga kita agar sentiasa diberkati oleh Allah. Pada semua, semoga kita ni sentiasa tergolong di dalam golongan yg sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari-Nya.Aminnnn...

|

M Y S E L F


Life without a friend is death without a witness

L I N K S
[aliyah] [ana] [ani] [babyhd] [elmo] [pDa] [pinktulip] [hunny] [linda] [lizanoor] [mrsbeki] [ramblerine] [rehana] [rozas] [thots] [Yati]
P O W E R E D _ B Y
:Blogspot: :Doddle-Board: :HaloScan: :Unkymoods: :Soup-Faerie:
A R C H I V E S
H I W A R
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages (smilies)