al-kisah si niza
Saturday, October 02, 2004

Banyak sgt perkara berlaku dalam beberapa minggu nih. Suka duka silih berganti. Tapi apalah yg nak diherankan, inilah lumrah kehidupan.
Sejak dua tiga menjak ni i byk berfikir tentang perkara2 yg berlaku di sekeliling. Terlalu banyak yg boleh di jadikan pengajaran dan iktibar. Mana perkara yg kita tak ingini..telah terjadi. Mana perkara yg kita ingini..tidak terjadi. Macam kata kawan i " What U want isnt necessarily what U need. What U need isnt necessarily what U get". For me pulak " What U get isnt necessarily good for U. To get the best things in life means redha to Qada and Qadar Allah".
I teringat kisah seorang hamba Allah(kalau dia terbaca entry ni, i just want to tell her that i m very proud of her). Usianya yg muda tidak pernah menjadi penghalang utk dia melawan segala dugaan arus kehidupan, segala rintangan yg mendatang. Ketabahannya membuatkan i malu mengaku yg i lebih matang dari usianya. Pengorbanan yg di lakukannya membuatkan kita sedar yg usia bukannya pengukur kekuatan diri dan mental seseorang. Segalanya dia lakukan dgn hati yg senang dan redha. Gelak tawa dan gurauannya benar2 telah mengaburkan mata sesiapa yg melihatnya. Siapa sangka di sebalik senyum manis dan tawanya tersimpan satu beban yg dia sendiri sukar utk meluahkannya. Utknya, doaku sentiasa bersamamu. Di sebalik apa yg terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. Kesabaran adalah pengubatnya sekarang ini. Walaupun kita jauh di mata tapi dekat di hati..;p
Mengenangkan kisahnya, suddenly i tersedar yg apa yg i hadapi sekarang ini hanyalah sebesar zarah jika bandingkan dgn dirinya. Kalau dia boleh setabah itu kenapa i tidak. Sebenarnya kita tahu apa penyebab masalah kita tapi kita kenkadang sukar utk mengakuinya. Segalanya yg terjadi boleh dikatakn berpunca dari diri kita sendiri. Kalau kita sanggup utk menerimanya dan mengubahnya,masalah yg kita anggap besar itu akan hilang dgn sendirinya. Tapi sebagai manusia yg serba lemah, memang sukar utk meyakinkan diri kita sendiri. Sejak kita lahir ke dunia ini banyak yg akan datang dan pergi dari kita. In the end yg tinggl hanyalah diri kita sendiri. Jadi diri kitalah tempat kita bergantung dan bukan pada orang lain. Seperti putaran roda, sekejap kita di atas dan sekejap kita di bawah. Begitulah kehidupan kita. Sekejap kita happy sekejap kita berduka. Macam pergaulan kita sesama manusia. Kengkadang bila kita benar2 memerlukan seseorang, org2 yg kita harapkan semakin jauh dari kita. Tapi pada ketika inilah akan muncul org2 yg kita sendiri tidak mengendahkannya dia datang mententeramkan kita. Terlalu banyak pengajarannya.
I tersedar yg i dah terlalu banyak mementingkan perasaan orang lain. Perasaan i selalunya i tolak tepi. Sekarang i kena ubah pendirian i. Kerana terlalu byk pentingkan perasaan org lain i tak sedar yg hati i sendiri dah terluka. Bila kita terluka pulak tiada siapa yg akan memperdulikannya atau mereka sendiri tidak menyedarinya. So, sekarang ni apa yg i nak buat i nak make sure yg semuanya i buat utk diri i kerana kalau hati dah terluka kita sendiri yg merasanya.


|

M Y S E L F


Life without a friend is death without a witness

L I N K S
[aliyah] [ana] [ani] [babyhd] [elmo] [pDa] [pinktulip] [hunny] [linda] [lizanoor] [mrsbeki] [ramblerine] [rehana] [rozas] [thots] [Yati]
P O W E R E D _ B Y
:Blogspot: :Doddle-Board: :HaloScan: :Unkymoods: :Soup-Faerie:
A R C H I V E S
H I W A R
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages (smilies)